4 Ogos 2022 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya bertindak sebagai penyewa venue bagi acara My Cycle Xpo 2022 yang berlangsung di Axiata Arena dari 29 – 31 Julai 2022 dan tidak terlibat dengan apa-apa penyelarasan aktiviti dan penganjuran acara yang dijalankan oleh penganjur terbabit.
Dalam satu kenyataan hari ini, PSM menjelaskan bahawa acara tersebut adalah di bawah anjuran Rise International Sports Exhibition Sdn Bhd. PSM hanya mendapat makluman pembatalan aktiviti Enduride Challenge dan Fun Ride with Stars di saat-saat akhir iaitu pada waktu acara tersebut hendak bermula.
“Alasan yang dimaklumkan oleh pihak penganjur ialah mereka gagal mendapat permit bagi menjalankan kedua-dua aktiviti tersebut disamping kakitangan yang sepatutnya menguruskan aktiviti ini gagal dihubungi dan tidak berada di lokasi semasa acara. Rentetan daripada itu, pihak penganjur mengambil keputusan membatalkan aktiviti Enduride Challenge dan Fun Ride with Stars secara serta-merta.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin menegaskan ia tidak terlibat langsung dalam penyelarasan acara dan hanya memberikan sokongan bagi menjayakan acara tersebut.
KBS juga merasakan adalah tidak wajar acara ini dibatalkan di saat-saat akhir memandangkan penyertaan daripada orang ramai amat menggalakkan. ” jelas PSM.
Tambah PSM, pihak penganjur memaklumkan bahawa yuran penyertaan akan dikembalikan kepada para peserta dalam waktu terdekat setelah proses mengemaskini segala rekod dan data yang berkaitan selesai.
- Lek Hang Group Announces Highly Anticipated Soft Opening of Hotel Central
- BingX Introduces $REZ Spot Trading Amid Growing Popularity of Ethereum Restaking Ecosystem
- NTTDATA earns the Best Place to Work certification in USA for 2024
- ITTF Men’s and Women’s World Cup Macao 2024 Presented by Galaxy Entertainment Group Successfully Concluded with Diversified Extended Activities to Enhance the Atmosphere of “City of Sports”
- FTLife Pre-Announces Name Change to Chow Tai Fook Life Insurance Company Limited
Leave a comment