AMPendidikan @ My LNA

Pengagihan PerantiSiswa : Mahasiswa yang layak akan terima Samsung Galaxy Tab A8 LTE

571

4 Ogos 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa memaklumkan bahawa pengagihan PerantiSiswa kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 dijangka akan bermula pada penghujung bulan Ogos 2022 atau pada bulan September 2022, manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula dijangkakan dapat dibuat pada bulan Oktober atau bulan November 2022 memandangkan permohonan Fasa 2 sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

“Penerima PerantiSiswa bagi Fasa 1 adalah terdiri daripada mahasiswa dari kelompok keluarga B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah serta sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Data permohonan bagi penerima yang layak dibuat berdasarkan semakan silang dengan data penerima Bantuan Keluarga Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga berdasarkan semakan oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) KPT. Selain itu, pemohon juga merupakan mahasiswa yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan peranti daripada pihak Kerajaan sebelum ini.

Bagi penerima PerantiSiswa untuk Fasa 2 pula, permohonan turut diperluaskan kepada pelajar Asasi di bawah KPT, pelajar Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Vokasional dan tingkatan enam (2 semester) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kepada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang mengikuti pengajian di bawah peringkat yang telah ditetapkan sebelum ini.” kata Annuar.

Beliau turut memaklumkan bahawa mahasiswa yang layak akan menerima peranti Samsung Galaxy Tab A8 LTE dengan spesifikasi yang boleh dirujuk melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

“Bagi tujuan pertimbangan rayuan, peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan diperkasakan untuk turut sama dilibatkan. Satu sesi pertemuan antara saya dengan MPP dijadual akan diadakan pada 15 Ogos 2022 bagi memperluaskan peranan mereka dalam PerantiSiswa seterusnya memastikan setiap mahasiswa yang layak tidak tercicir daripada menerima manfaat PerantiSiswa.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...