19 Julai 2022 – Setiausaha Polis Malaysia, CP Dato’ Noorsiah binti Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan kewujudan dua (2) skim penipuan pelaburan yang sedang aktif menjalankan aktiviti penipuan melibatkan mangsa dari seluruh malaysia. skim-skim tersebut dikenali dengan nama “Pelaburan BTC Financial Trading / Finance Trader” dan “Pelaburan Smart Trader Best Exchange”.
Menurut Noorsiah dalam satu kenyataan hari ini, sejumlah 22 kertas siasatan telah dibuka terhadap skim Pelaburan BTC Financial Trading / Finance Trader sehingga 18 Julai 2022 dengan jumlah kerugian sebanyak rm708,400.00.
“Manakala bagi skim “Pelaburan Smart Trader Best Exchange”, sejumlah 48 kertas siasatan telah dibuka melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM661,672.16.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.” katanya.
Jelas Noorsiah, berdasarkan siasatan, kedua-dua skim pelaburan ini menggunakan aplikasi Telegram dan Whatsapp untuk mencari mangsa. pelaburan yang ditawarkan menjanjikan pulangan sekitar 50% hingga 100% dalam tempoh 3 hingga 6 jam setelah pelaburan dibuat.
“Mangsa yang berminat akan diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan yang diberikan seterusnya membuat pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket.
Mangsa kemudiannya akan dimaklumkan telah mendapat keuntungan namun dikenakan pelbagai syarat tambahan sekiranya ingin membuat pengeluaran.” kata Noorsiah.
Tambah Noorsiah, dalam usaha untuk membanteras kegiatan penipuan pelaburan, PDRM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.
“Maklumat lanjut mengenai tawaran pelaburan boleh diperolehi dari sumber-sumber rasmi seperti semak mule, alert list bank negara malaysia (BNM), Security Commission (SC) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment