Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal 2019 kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut pada hari ini.
Sebagai masyarakat yang majmuk, kita seharusnya bersyukur kerana setiap perayaan masyarakat kita dapat disambut dengan meriah dalam suasana yang aman lagi harmoni.
Kepelbagaian kaum dan agama yang saling menghormati antara satu sama lain merupakan sumber kemajuan dan kekuatan sesebuah negara, termasuklah negara kita.
Dalam semangat keharmonian antara agama ini, saya berharap agar persefahaman yang kita berjaya untuk pupuk selama ini boleh menjadi sumber kekuatan untuk kita terus menyumbang kepada kemajuan negara menjelang tahun baru.
Sekali lagi saya serta keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal 2019 kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.
Ikhlas,
Pak Wan
Leave a comment