AM

Ops Lancar Sempena Hari Raya Aidiladha

534

7 Julai 2022 – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini, PDRM menggunakan  pendekatan Ops Lancar bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang akan dikuatkuasakan  mulai 8 hingga 11 Julai 2022 ekoran pertambahan pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan akan kembali semula ke ibu kota selepas sambutan hari raya nanti.

Siaran Media pada hari ini oleh Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Noorsiah Mohd Saaduudin menyatakan PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot yang dijangka sesak dan akan mengaturkan seluruh kekuatan petugas di lapangan. bagi memastikan aliran trafik di lebuh raya, jalan-jalan negeri serta bandaran bergerak lancar dan terkawal.

“Selain itu rondaan cegah kemalangan dan omnipresent di lokasi turut dijalankan termasuk pendekatan pemantauan melalui dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi megesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan,” ujarnya.

Beliau juga menyarankan agar pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan peka dengan infromasi aliran trafik semasa dan berhemah serta mematuhi segala peraturan lalu lintas yang boleh menghalang laluan.

Seterusnya menjelaskan,  melalui Op Lancar ini PDRM komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan orang ramai sepanjang perjalanan adalah terjamin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...