PUTRAJAYA 1 Julai 2022 – Merujuk kepada isu berkaitan tempat duduk Premium 306 & 307 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan bahawa kejohanan tersebut bukan berada dibawah kendalian KBS mahupun mempunyai kaitan dengan Menteri serta Timbalan Menteri Beliadan Sukan Malaysia.
Kata KBS dalam satu kenyataan hari ini, kejohanan yang diadakan pada 30 Jun 2022 tersebut adalah kendalian KH Worldwide di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Kejohanan tersebut adalah anjuran badan persendirian; justeru isu berkaitan tempahan tempat duduk yang dibangkit tidak mempunyai sebarang arahan dari pihak Menteri, Timbalan Menteri atau Kementerian.
Ia adalah hak mutlak dan tindakan sepenuhnya oleh pihak penganjur.” jelas KBS.
KBS turut berharap agar rakyat memahami bahawa kementerian adalah pihak berkecuali dan tidak terlibat dengan sebarang keputusan yang diambil oleh pihak penganjur
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- Gateway Arts Presents “I And You”
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
Leave a comment