AMEkonomi @ My LNA

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

90

29 Jun 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Katanya pasukan khas itu berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada Kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

“Pasukan khas ini akan berfungsi sebagaimana pasukan menguruskan pandemik COVID-19, dengan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis.

Sidang media akan diadakan selepas setiap mesyuarat berlangsung bagi memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Keluarga Malaysia.

Langkah ini diambil ekoran cabaran peningkatan kos sara hidup akibat daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik antara Russia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan serta bahan api.” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Ia dianggotai oleh;

i. Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan,

ii. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee,

Menteri Pertanian dan Industri Makanan,

iii. Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi,

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

iv. Dato’ Sri Mustapa Mohamed,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan;

v. Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

“Pegawai khusus di setiap kementerian akan dilantik sebagai pegawai rujukan (focal point) untuk memberi maklum balas segera kepada Pasukan Khas yang diurusetiakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia.” ujar Ismail Sabri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...