AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MALAYSIA LANCAR SATELIT MEASAT-3d.

492

21 Jun 2022 – Menerusi syarikat MEASAT, rakyat di negara ini berpeluang menikmati kemudahan internet yang lebih baik apabila Stelit MEASAT-3d bakal dilancarkan pada tarikh 23 Jun 2022, 5.03 pagi waktu Malaysia di French Guiana, Amerika Selatan. Kejayaan ini adalah kesinambungan tujuh buah satelit yang telah dilancarkan sebelum ini sejak tahun 1966.

Pada sidang media hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan, dengan pelancaran ini akan  meningkatkan perkhidmatan perhubungan kepada Malaysia dan negara-negara serantau kerana Ia mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data, dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS) yang keupayaan litupannya melibatkan kawasan di pendalaman. Perkhidmatan baharu ini dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022. Ujarnya,

“Malaysia akan dapat memperkukuhkan lagi era digital berteraskan kepada teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negara ini. Selain itu, penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain juga boleh menggunakan satelit ini untuk menawarkan perkhidmatan data, suara dan video kepada 3 hingga 5 peratus populasi yang belum lagi diliputi oleh sambungan fiber atau jalur lebar tanpa wayar.” ujar Annuar.

Tambah Annuar, selaras dengan inisiatif Kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), MEASAT-3d dapat merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia sekali gus membolehkan  Keluarga Malaysia memperolehi pelbagai manfaat sosio-ekonomi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajaran digital.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...