Bersatu merupakan sebuah Parti Melayu dan Pribumi yang menawarkan politik baru yang bersih serta memperjuangkan kebajikan dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia.
Dua tahun telah berlalu, kita diuji dengan pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik tanah air. Alhamdulillah sejak awal menyertai BERSATU saya mempunyai keyakinan yang tinggi ke atas komitmen parti dalam usaha menentang rasuah dan membela rakyat. Ini dibuktikan oleh kepimpinan utama BERSATU di era Tan Sri Mahiaddin Yasin memikul tanggungjawab sebagai PM ke-8 sepanjang krisis melanda negara.
Walaupun BERSATU merupakan sebuah parti politik yang masih muda, dengan komitmen berterusan saya percaya agenda penyatuan rakyat, melayu dan bumiputera ini bakal membawa manfaat besar dalam usaha membawa perubahan kepada negara dan rakyat keseluruhannnya.
Rakyat, orang melayu dan bumiputera pada hari ini semakin matang dalam menilai, mereka jijik dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Seiring dengan agenda parti, BERSATU akan menjadi platform terbaik buat mereka. BERSATU akan terus bersama aspirasi perubahan ke arah yang lebih baik, demi menjadikan negara ini ke arah ‘Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur’ iaitu sebuah negeri yang mengumpulkan kebaikan alam dan kebaikan perilaku penduduknya serta sentiasa mendapat pengampunan Allah swt. Inshaallah.
Adalah mustahil propaganda murahan tersebar beberapa hari yang lalu, kononnya saya dan YB Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali telah meninggalkan BERSATU. Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan BERSATU. Hanya beberapa jam sebelum tersebar berita palsu isu saya bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu program dan sidang media di Johor. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas respon dan keyakinan YB Tan Sri Presiden berkaitan isu ini.
Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu yang ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan BERSATU. Moga Allah swt menjauhkan kita semua dari sebarang bentuk fitnah seperti ini.
Sejak hari pertama bersama BERSATU saya cukup yakin dengan masa depan parti. Saya akan terus bersama dengan saf kepimpinan BERSATU dalam menyatupadukan rakyat dan membina kekuatan dalam merealisasikan matlamat menjadikan negara ini sebuah negara yang bersih, telus, berintegriti, mempunyai tadbir urus yang baik, memperjuangkan keadilan sosial dan sentiasa prihatin kepada kemaslahatan rakyat untuk mendapat ‘Mardhatillah’ Inshaallah.
‘ BERSATU UNTUK MALAYSIA ‘
DATO HJ MOHD RASHID BIN HASNON
- “Miss Madeline,” a New Liquid Barge from Perdue Farms, Sets Sail on a More Sustainable Supply Chain
- Canon U.S.A. Senior Vice President Amy Newman Wins 2024 HERALD Top Chief Officers of Long Island Award
- Gate Ventures welcomes Laura K. Inamedinova as Principal, establishing fund’s strategic presence in the MENA region
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
Leave a comment