Ekonomi @ My LNA

MALAYSIA METERAI KERJASAMA STRATEGIK KOPERASI DI SEPANYOL

99

SEPANYOL, 19 JUN 2022 – Malaysia meterai memorandum persefahaman kerjasama (MoU) menerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) selaku badan apeks gerakan koperasi Malaysia dengan koperasi terbaik dunia, The Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) bagi membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada gerakan koperasi di kedua-dua buah negara dalam industri pertanian dan asas tani serta perladangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar yang menyaksikan pemeteraian MoU berkata, memorandum kerjasama ini akan membantu usaha kerajaan untuk memperkasa sektor pertanian, membantu pengusaha pertanian khususnya koperasi serta memastikan kualiti dan hasil pertanian negara seiring dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. 

“Melalui perjanjian yang telah dimeterai secara dasarnya ANGKASA bersetuju untuk mengimport baja nano ini dan mengadakan ujian awal penggunaannya di tanah – tanah pertanian yang telah dikenalpasti. Usaha ini merupakan langkah ke hadapan khususnya dalam memastikan kelestarian alam semulajadi kerana tiada komponen kimia digunakan dalam pembuatan baja nano ini. Pihak IFFCO telah memberi jaminan bahawa penggunaan baja nano akan membantu mengurangkan pencemaran dan pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan input pertanian.”

“Sesuai dengan 100 tahun tertubuhnya gerakan koperasi di negara ini, peranannya harus diperluas yang mana bukan sahaja terlibat dalam perkhidmatan kredit dan pendidikan, malah lain – lain sektor berimpak tinggi khususnya agromakanan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi negara.”  jelas Tan Sri Noh Bin Haji Omar dalam kenyataannya.

MoU ini dimeterai sebagai salah satu agenda lawatan kerja rasmi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar yang mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa, ICA Elective General Assembly dan Persidangan “Cooperatives: The Moment Is Now!” 2022 di Hotel Silken Al-Andalus, Seville, Sepanyol pada 19 hingga 22 Jun 2022.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata kerjasama antara koperasi dengan koperasi di seluruh dunia akan terus diperluas dan diperkukuh menerusi ANGKASA sebagai gerbang perhubungan perdagangan dua hala bagi sektor koperasi.

“ANGKASA bertindak sebagai pemudah cara sesuai dengan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang menyatu dan mewakili koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa selaras dengan Aspirasi Koperasi Malaysia dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 serta Dasar Keusahawan Nasional (DKN) 2030,” kata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

MoU ditandatangani Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Pemasaran IFFCO, Mr. Yogendra Kumar. Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar di Hotel Melia Sevilla di Seville, Sepanyol pada jam 10.00 pagi waktu tempatan.

IFFCO yang dinobatkan sebagai koperasi terbaik dunia dalam ‘Top 300’ World Cooperative Monitor 2021 dimiliki penuh oleh Cooperative Societies of India dan merupakan pengilang baja terbesar di negara tersebut. MoU berkenaan akan berkuat kuasa selama dua tahun bermula 19 Jun 2022 dan kerjasama itu boleh dilanjutkan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.

MoU ini  merupakan ruang dan peluang untuk dimanfaatkan oleh koperasi yang terlibat dengan sektor perladangan dan sektor pertanian dan industri asas tani mendapatkan bekalan baja jenis nano urea yang mesra alam, selamat  dan menambah kandungan nutrient dengan harga yang berpatutan. Kerjasama ini juga akan menawarkan produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia dalam sektor ini untuk timbal balas kerjasama kepada pihak IFFCO.Penggunaan baja nano urea ini akan membantu para petani dan peladang di Malaysia dalam mengurangkan kos operasi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi bin Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Zazali Haron, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali bin Mansor, Pengerusi Bank Rakyat, Dato’ Abd. Rani Lebai Jaafar, Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Presiden International Cooperative Alliance Asia and Pasific (ICA-AP), Dr. Chandrapal Singh Yadav, Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani dan Pengurus Besar IFFCO, Mr. Tarun Barghava.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...