AMEkonomi @ My LNA

Noh Omar ketuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa

95

PETALING JAYA 17 JUN 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) , Tan Sri Noh Bin Haji Omar mengetuai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa, ICA Elective General Assembly di Seville, Sepanyol yang akan berlangsung pada 19 hingga 22 Jun 2022 serta dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan bersemuka dengan pemimpin negara di Seville dan Madrid, Sepanyol.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Noh akan turut mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transformasi Digital Sepanyol, Nadia Calviño Santamaría bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan kerjasama pelbagai bidang yang boleh dijalinkan khususnya dalam pembangunan gerakan koperasi dan keusahawanan.

Beliau juga akan turut mengadakan pertemuan dengan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia (KBM) serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Madrid.

“Dalam sesi yang lain pula, ANGKASA akan memuktamadkan memorandum kerjasama antara ANGKASA dengan koperasi terbaik dunia, Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) berkenaan pembekalan baja nano yang akan memberi manfaat kepada koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani serta sektor perladangan. Perjanjian memorandum ini akan disaksikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi bin Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Zazali Haron, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali bin Mansor, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Dato’ Abd. Rani Lebai Jaafar.” kata kenyatan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...