AM

Pengusaha premis makanan yang beroperasi walau dinaiki air banjir boleh dikenakan tindakan – KKM

108

PUTRAJAYA 23 Disember 2019 – Merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro bertarikh 21 Disember 2019 bertajuk Mi Celup Banjir“ , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana tempat penyediaan makanan yang dinaiki air semasa banjir adalah tidak dibenarkan beroperasi selaras dengan kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 

Screenshot dari laporan akhbar Harian Metro bertarikh 21 Disember 2019 bertajuk “Mi Celup Banjir“

“Mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati masih beroperasi menyediakan makanan di premis makanan yang dinaiki air banjir boleh dikenakan tindakan penutupan premis dan kompaun di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

KKM juga menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dan prihatin kepada pemilihan premis makanan, penjagaan kebersihan dan keselamatan makanan semasa banjir. Ini termasuklah untuk minum air dan makan makanan yang telah dimasak sahaja, elakkan memakan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan makanan yang terdedah, jaga kebersihan diri dan amalkan membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah. ” tegas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di kenyataan tersebut.

Beliau juga menyarankan kepada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu kebersihan dan keselamatan makanan semasa banjir supaya mengubungi Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Akhbar Harian Metro bertarikh 21 Disember 2019 melaporkan bagaimana seorang peniaga kedai mi celup di pekan Rantau Panjang yang mengambil kesempatan membuka kedai ketika banjir memandangkan ramai orang datang ke pekan tersebut untuk bermain air. Peniaga tersebut turut mendakwa bahawa walaupun banjir, beliau menjaga aspek kebersihan dan mendakwa air yang memasuki kedainya adalah arus yang deras tetapi cetek bukannya air bertakung seperti di sesetengah kawasan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...