AM

Kos maksimum bagi pengambilan PDI adalah RM15,000

101

PUTRAJAYA 17 Mei 2022 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) 2022 telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia pada 1 April 2022 bagi pengurusan penggajian PDI di Malaysia.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan hari ini, pada 5 April 2022 beliau telah memaklumkan bahawa hanya Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 di bawah kategori lesen B atau C dan diperakui oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang dibenarkan untuk membuat permohonan PDI.

“Selain itu, sepertimana yang dipersetujui dalam MoU tersebut, kos maksimum bagi pengambilan PDI adalah RM15,000. Sehubungan dengan itu, kesemua APS yang membuat permohonan penggajian PDI adalah disarankan untuk mematuhi penetapan kos pengambilan yang dipersetujui.

Tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada APS yang ingkar.” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan penggajian PDI boleh dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia melalui talian 03-88862410 / 03- 88862451 / 03-88862450/ 03-88862352.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...