16 Mei 2022 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan Selamat Hari Guru 2022.
Katanya Guru yang terbaik bukan mengajar dari buku semata-mata tetapi dari hati yang ikhlas.
“Seorang guru diibaratkan seperti lilin yang mampu memberikan cahaya kepada berjuta jiwa.
Begitulah besar jasa dan bakti seorang guru melahirkan insan untuk pertiwi.
Hari ini kita menyanjung usaha seorang guru yang telah berdedikasi mengajar dan bertekad mencurahkan segala ilmu yang terbaik buat kita semua.” kata Reezal dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar beliau dan semua guru di Malaysia.
“Rasa penghargaan dan terima kasih saya ucapkan untuk setiap ilmu yang telah dicurahkan.
“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment