10 Mei 2022 – Susulan dari kes kematian dalam lokap balai polis Seri Alam, Johor pada 8 Mei 2022, postmortem telah pun dijalankan di hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor pada 9 Mei 2022 dan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dikesan.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, ujian pengesanan COVID-19 telah dibuat ke atas simati dan berkeputusan positif COVID-19.
“Punca kematian adalah disebabkan COVID-19 pneumonia (radang pada paru-paru).
Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.” katanya.
Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
- Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia
- Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah
- Marasca Samui Opens in July 2024: A New Concept of Casual Luxury at Chaweng Beach in Thailand
- TAISE 3rd Asia-Pacific Sustainability Action Awards Embarking on a Sustainable New Journey
- Rise to the Ultimate with Award Winning AOC AGON 6 Gaming Monitors and OLED
Leave a comment