Home AM Malaysia telah kemukakan laporan CEDAW
AMWanita

Malaysia telah kemukakan laporan CEDAW

PUTRAJAYA 10 Mei 2022 – Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Keenam telah dikemukakan oleh Malaysia kepada Jawatankuasa CEDAW, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 April 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata bahawa Laporan ini merangkumi kemajuan Malaysia selama lima tahun bermula 2017 hingga
2021 beserta maklumat terkini berkaitan dasar, inisiatif dan langkah konkrit yang diambil ke arah menghapuskan diskriminasi terhadap wanita.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyediakan laporan tersebut dengan konsultasi bersama pelbagai pemegang taruh, iaitu Kementerian/Agensi Kerajaan dan masyarakat sivil bagi memastikan laporan tersebut menjawab saranan Jawatankuasa CEDAW.

Pencapaian Malaysia dapat dilihat dari segi penambahbaikan dasar-dasar negara selaras dengan peruntukan Konvensyen meskipun negara mendepani pelbagai cabaran antaranya, untuk kembali pulih daripada pandemik global pada tahun 2020 dan 2021. Ini termasuk langkah-langkah mencegah keganasan terhadap wanita, memperbaiki status wanita dan memberi sokongan kepada wanita semasa pandemik COVID-19.

Kerajaan komited dalam melaksanakan usaha-usaha bagi memastikan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan wanita mencapai potensi mereka sepenuhnya tanpa diskriminasi. Sepanjang tempoh lima tahun tersebut, Kementerian telah mengarus perdanakan gender melalui pendekatan bersepadu dengan memastikan sumbangan secara kolaboratif daripada masyarakat sivil dan orang awam dalam penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan semua dasar dan program Kerajaan.” kata KPWKM.

Tambahnya laporan itu adalah bukti komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan peruntukan di bawah CEDAW di samping memenuhi hak wanita berasaskan Perlembagaan Persekutuan, perundangan dan dasar negara.

Ia boleh didapati menerusi pautan https://tbinternet.ohchr.org/_layouts/15/treatybodyexternal/Download.aspx?symbolno=CEDAW%2fC%2fMYS%2f6&Lang=en .

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...