10 Mei 2022 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan bahawa jumlah dagangan Malaysia pada bulan Mac 2022 bernilai RM236.6 bilion (meningkat 27.3% tahun ke tahun) dengan nilai eksport RM131.6 bilion (meningkat 25.4% tahun ke tahun) dan import bernilai RM104.9 bilion (meningkat 29.9% tahun ke tahun). Dalam laporan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Mac 2022 hari ini menyebut eksport minyak kelapa sawit bernilai RM7.5 bilion pada Mac 2022. Laporan tersebut turut berkata bahawa di peringkat negeri, Sabah mencatatkan eksport tertinggi bagi minyak kelapa sawit bernilai RM1.8 bilion (23.5%), diikuti Johor (RM1.7 bilion, 23.1%) dan Sarawak (RM1.5 bilion, 20.3%).
“Eksport pada bulan Mac 2022 meningkat sebanyak RM26.6 bilion (+25.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM9.6 bilion), Johor (+RM6.5 bilion), Sarawak (+RM3.9 bilion), Selangor (+RM2.2 bilion), Kedah (+RM2.1 bilion), Sabah (+RM1.4 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion), W.P. Labuan (+RM1.3 bilion), Negeri Sembilan (+RM90.5 juta) dan Perlis (+RM9.7 juta). Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Melaka (-RM672.5 juta), Terengganu (-RM545.5 juta), Perak (-RM174.8 juta), Pahang (-RM92.0 juta) dan Kelantan (-RM78.0 juta).
“Import juga meningkat RM24.1 bilion (+29.9%) pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan import dicatatkan di Johor (+RM4.5 bilion), Pulau Pinang (+RM4.5 bilion), Melaka (+RM4.4 bilion), Selangor (+RM2.7 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.9 bilion), Kedah (+RM1.6 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion), Pahang (+RM1.1 bilion), Sarawak (+RM964.8 juta), Perak (+RM481.0 juta), W.P. Labuan (+RM108.9 juta), Sabah (+RM106.8 juta) dan Perlis (+RM26.0 juta). Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM108.5 juta) dan Terengganu (-RM107.8 juta)”. kata Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Tambah beliau, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 31.3 peratus, diikuti oleh Johor (19.8%), Selangor (18.1%), Sarawak (7.5%) dan W.P. Kuala Lumpur (4.1%).
“Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 25.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (22.4%), Johor (19.3%), W.P. Kuala Lumpur (6.8%) dan Melaka (6.3%).” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment