AMParlimen @ My LNA

Parlimen terima kunjungan hormat Ketua Kumpulan Persahabatan Antara Parlimen Perancis – Asia Tenggara

415

9 Mei 2022 – Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Mathieu Darnaud, Ketua Kumpulan Persahabatan Antara Parlimen Perancis – Asia Tenggara, T.Y.T Roland Galharague, Duta Perancis ke Malaysia bersama-sama dengan lima [5] orang Senator Perancis di Bangunan Parlimen semalam.

Menurut Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, matlamat utama kunjungan hormat tersebut dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah sedia wujud di antara Parlimen Perancis dan Parlimen Malaysia.

“Selain itu, beberapa perkara lain turut dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan dengan hasrat mewujudkan satu proses dialog dalam mempelajari sistem perundangan dan pembahagian kuasa di Malaysia (antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri), peranan Parlimen sebagai tonggak demokrasi dan suara rakyat, penglibatan generasi muda dalam politik dan pentadbiran negara dan pembentukan persefahaman (budaya dan agama) antara negara-negara Barat dan Timur.

Perbincangan juga menyentuh tentang tindakan sekatan/ halangan-halangan perdagangan yang dikenakan  Perancis dan Kesatuan Eropah ke atas pasaran minyak sawit dan kepentingannya sebagai sumber kewangan negara secara menyeluruh serta hasrat untuk membentuk satu Jawatankuasa Bersama berkenaan Demokrasi dan Hak Asasi Manusia bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pengalaman demokrasi.” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya persefahaman turut terbentuk untuk menghantar dan menerima pegawai-pegawai Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mempelajari sistem pentadbiran dan perundangan parlimen masing-masing.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dua orang Ahli Dewan Negara , Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dan Senator Datuk Bobbey Ahfang Suan, Tuan Mohd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan Dr Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...