Kenyataan MediaPendapat @ My LNA

KAJI SEMULA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMANDU MABUK

87

20 Disember 2019 – Negara sekali lagi dikejutkan dengan kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk.

Seorang penerbit sambilan Mohd Hezle Mohd Helan maut manakala anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Klang Lama, awal pagi ini.

Sebelum ini, seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang maut selepas motorsikal ditunggangnya dirempuh pemandu wanita warga asing yang mabuk, berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown.

Berdasarkan kepada kes-kes tersebut, kematian yang disebabkan oleh pemandu mabuk ini semakin membimbangkan. Hukuman yang dikenakan pula adalah penjara mandatori antara 3 hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000 meskipun kes melibatkan mangsa meninggal dunia.

Justeru, satu kajian semula perlu dibuat bagi menilai peruntukan undang-undang sedia ada terhadap pemandu mabuk.

Antaranya adalah peruntukan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan melihat kepada hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.

HASNUL ZULKARNAIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...