AMPendidikan @ My LNA

Ubah nasib masa hadapan dengan pendidikan – Rina Harun

123

PONTIAN 20 Disember 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berkongsi pengalaman beliau ketika beliau turun sendiri memberi surat tawaran kepada anak-anak golongan B40 yang berjaya mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ketika berucap merasmikan program Back To School @KPLB YPM di Pontian, Johor semalam.

Foto kredit KPLB

Menurut beliau, anak-anak yang ditemui berasa terharu dan langsung tidak menyangka seorang Menteri akan turun sendiri menyampaikan surat tawaran masuk ke MRSM dan ada di antara mereka yang berasa malu dengan keadaan rumah mereka.

“Saya kata tak payah malu dengan keadaan rumah , apa yang terjadi (dan apa yang kita ada sekarang ini) kita dah tak boleh ubah, tapi kita boleh ubah nasib kita di masa hadapan dengan pendidikan” kata Rina.

Foto kredit Facebook Live YPM

Rina juga membidas tulisan dan kenyataan pengkritik terutamanya dari kalangan netizen yang membuat fitnah bahawa pengurusan MRSM adalah kejam dengan mengenakan yuran yang mahal sehingga membebankan golongan B40 sedangkan sebenarnya terdapat skim BUDI yang membantu mereka. Jelas Rina skim BUDI tersebut menaja yuran persekolahan, memberi elaun bulanan sebanyak RM50, memberi bantuan persekolahan secara one-off sebanyak RM1500 dan mengecualikan yuran bulanan sebanyak RM60.

Tambah Rina terdapat enam (6) rakan strategik yang menyokong skim tersebut termasuk Yayasan Petronas dan Pusat Zakat kerana badan-badan tersebut nampak ketelusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menyalurkan bantuan terus kepada penerima.

Program Back To School @KPLB YPM ini adalah bertujuan membantu keluarga golongan B40 membuat persiapan anak-anak mereka dalam menyambut musim persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi. Program ini diadakan di seluruh negara dan memberi manfaat kepada 43,520 orang pelajar di seluruh negara selepas tapisan dibuat oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Program ini bermula di Kedah (Langkawi), Wilayah Persekutuan (Titiwangsa), Pahang (Paya Besar), Perak (Tambun), Sabah (Kimanis) dan semalam di Johor (Pontian). Kawasan-kawasan tersebut adalah sebagai tempat program dilancarkan namun bantuan adalah secara menyuluruh kepada setiap kawasan bagi setiap negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...