AMPendidikan @ My LNA

104 pelajar mangsa banjir di Kimanis diberi bantuan persekolahan

106

KIMANIS 19 Disember 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menyampaikan bantuan persekolahan kepada seramai 104 orang pelajar di Kimanis yang menerima musibah banjir baru-baru ini. Para pelajar tersebut menerima bantuan wang tunai beserta satu (1) unit beg sekolah setiap orang. Bantuan tersebut adalah di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar mangsa banjir di Kimanis.
Foto kredit kepada Facebool Live Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Acara penyampaian bantuan ini diadakan di Majlis Program Back To School @KPLB YPM Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan SMK Bongawan, Sabah hari ini. Program tersebut menyaksikan penyampian bantuan persekolahan kepada seramai 160 orang pelajar dari 22 buah sekolah di Kimanis.

Di dalam ucapannya, Rina menerangkan bahawa sehingga Februari 2019 terdapat jumlah lebih dari 1300 buah sekolah di seluruh negeri Sabah di mana 1704 adalah sekolah rendah, 222 buah sekolah menengah, 2 buah sekolah di dalam kawasan hospital dan 2 buah sekolah integriti. Dari situ didapati ramai pelajar adalah dari keluarga yang kurang berkemampuang dan memerlukan bantuan dari pelbagai pihak yang bertanggung jawab.

YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap di Majlis Program Back To School @KPLB YPM Peringkat Negeri Sabah
Foto kredit kepada Facebool Live Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Maka Program Back to School @KPLB YPM tersebut dipercayai dapat membantu mengurangkan beban ibubapa berpendapatan rendah menyediakan kelengkapan persekolahan anak di awal tahun sesi persekolahan bermula. Ini dapat membantu pelajar kurang berkemampuan di kawasan luar bandar mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna dan selesa.

Di samping itu Rina juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-prlajar yang menerima keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PT3 dan kepada mereka yang tidak cemerlang, beliau menasihatkan agar tidak berputus asa. Rina juga menerangkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diterajui beliau dan agensi-agensi dibawahnya mempunyai pelbagai program TVET yang boleh diikuti oleh para anak muda yang boleh membuatkan mereka memperolehi pendapatan lumayan sehingga ke tahap lima angka.

Program Back To School @KPLB YPM Peringkat Negeri Sabah tersebut merupakan salah satu siri selepas ia dilancarkan di Langkawi pada 9 Disember yang lepas. Secara keseluruhannya YPM memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta untuk membantu seramai 43,520 orang pelajar golongan B40 dan miskin di seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan...