COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Berhenti baca cerita konspirasi sampah di FB – KJ

193

20 Februari 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi nasihat kepada rakyat supaya berhenti membaca cerita konspirasi “sampah” di media sosial seperti Facebook yang tidak benar mengenai vaksinasi terutamanya berkaitan dengan dos penggalak.

“Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron.

Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak.” kata Khairy dalam satu ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Khairy pernah berkata “rakyat lebih percaya dengan iluminati”.

Dalam pada itu, menurut data di laman web COVIDNOW, seramai 13,924,411 penduduk dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak setakat semalam.

Keseluruhannya 66,018,432 dos telah diberikan setakat semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles