19 Februari 2022 – Ketua Pejuang Muda Negeri Sembilan, Muhamad Bazli Abd Aziz menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Farhash Wafa Salvador semalam menunjukkan Farhash berfikiran dangkal.
Dalam satu kenyataan hari ini, Muhammad Bazli berkata Farhash yang mengaitkan PEJUANG dalam kemelut rundingan kerusi antara PKR dan MUDA dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor adalah tidak tepat kerana isunya adalah jelas mengenai kegagalan PKR mencapai kesepakatan dengan MUDA dalam rundingan pembahagian kerusi antara mereka.
“Farhash seharusnya tidak perlu mengalihkan beban kegagalan rundingan parti beliau kepada pihak ketiga, yang langsung tiada kaitan dalam perkara ini.
Beliau sepertinya tidak dapat menerima kegagalan rundingan itu, lantas telah melempiaskan kekecewaan itu kepada pihak lain iaitu PEJUANG. Ini ibaratnya lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah.
Sewajarnya Farhash menghalakan kekecewaan atas kegagalan rundingan itu pada rakan komponen mereka sendiri, dan belajarlah secara rendah diri bagaimana rakan komponen mereka yang lain itu berjaya mencapai kesepakatan.” kata Muhamad Bazli.
Tambah beliau PEJUANG kekal dengan pendiriannya untuk bertanding bersendirian di PRN Johor tanpa mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak, dengan iltizam menyekat puak-puak yang ditunjangi serta berkerjasama dengan kelompok kleptokrat dari mendapatkan kuasa.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment