18 Februari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM)pada hari ini mengesahkan bahawa pendakwah bebas Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 38 tahun telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
“Sebanyak 11 pertuduhan telah dibuat ke atas tertuduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.
Kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara bulan Mac 2021 hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
“PDRM memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan dengan lancar.” katanya lagi.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment