18 Februari 2022 – Berhubung isu beg berat murid sekolah yang telah dibangkitkan hampir sebulan lalu, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mendakwa bahawa ia belum dijawab oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Justeru, dalam satu kenyataan hari ini JKPPH mencadangkan KPM melaksanakan langkah segera untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:
• Bersedia untuk merombak sukatan pelajaran yang lebih mesra pendigitalan pendidikan bagi meminimumkan penggunaan buku teks fizikal.
• Memperbanyakkan buku teks dalam bentuk digital atau e-book untuk semua peringkat.
• Memudahkan urusan mengakses buku teks digital yang akan digunakan oleh murid-murid termasuk di kawasan luar bandar.
• Memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan PIBG untuk berbincang dan membuat keputusan kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan masing-masing.
“Meskipun banyak pihak termasuk pakar-pakar pendidikan dan kesihatan yang memberikan pandangan dan cadangan agar langkah segera diambil oleh KPM, malangnya KPM masih belum mengambil sebarang tindakan.
JKPPH berharap cadangan ini boleh dipertimbangkan oleh KPM dan menggesa KPM bertindak segera menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023.” katanya.
JKPPH dianggotai oleh Dr Maszlee Malik selaku Pengerusi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Dr Hasan Bahrom, Teo Nie Ching, Natrah binti Ismail, Steven Sim Chee Keong, Rusnah Aluai dan Sivakumar Varatharaju Naidu.
- Lek Hang Group Announces Highly Anticipated Soft Opening of Hotel Central
- BingX Introduces $REZ Spot Trading Amid Growing Popularity of Ethereum Restaking Ecosystem
- NTTDATA earns the Best Place to Work certification in USA for 2024
- ITTF Men’s and Women’s World Cup Macao 2024 Presented by Galaxy Entertainment Group Successfully Concluded with Diversified Extended Activities to Enhance the Atmosphere of “City of Sports”
- FTLife Pre-Announces Name Change to Chow Tai Fook Life Insurance Company Limited
Leave a comment