AM

Bersatupadu, berkeluarga dan mengukuh silaturrahim agar WP terus maju – Shahidan Kassim

72

KUALA LUMPUR, 1 Februari 2022 – Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim bersama-sama Asnaf dan jemaaah Kampong Baru Wilayah Persekutuan KL telah  mengadakan solat hajat serta bacaan Yassin dan doa selamat bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) yang ke-18 pada hari ini.

Bertemakan “Keluarga Malaysia” ia dijadikan sebagai platform bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya kehidupan yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan meskipun Negara dilanda pelbagai ujian dan tragedi.

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Doa Selamat SHWP 2022 ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran Wilayah Persekutuan serta salah satu inisiatif Kementerian bagi memohon perlindungan dari pandemik COVID-19 di negara ini.

Dalam pada itu , KWP dan JAWI juga menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai serta barang keperluan kepada 100 orang asnaf di Kampong Bahru bagi membantu meringankan beban pasca COVID-19 disamping menerapkan nilai rasa kasih sayang dan prihatin knususnya kepada golongan susah yang kurang berkemampuan.

Shahidan dalam ucapannya mengharapkan agar ia dapat mengeratkan ukhuwah, perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap dan mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim agar Wilayah Persekutuan terus maju dan sejahtera dalam keadaan yang aman dan damai.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...