Kenyataan Media

Elakkan penyamaran, CIDB perkenalkan lencana anggota penguatkuasa – Ahmad ‘Asri

852

KUALA LUMPUR 20 Januari 2022 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia hari ini memperkenalkan lencana anggota penguatkuasa CIDB bagi mensiapsiagakan keterampilan anggota penguatkuasa dan sebagai pengesahan anggota adalah pegawai penguatkuasa yang dilantik.

Menurut satu kenyataan yang diedarkan hari ini, ia bertujuan untuk mengawal selia anggota sedia ada dari pihak luar dari membuat penyamaran atau penipuan. CIDB juga mengingatkan kontraktor supaya berhati-hati dengan sebarang penyamaran sebagai anggota penguatkuasa CIDB Malaysia.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, menunjukkan kad kuasa dan Lencana Penguatkuasaan CIDB untuk digunapakai oleh semua Anggota Penguatkuasa CIDB sewaktu menjalankan tugas penguatkuasaan di tapak bina.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dalam pada itu telah menyerahkan lencana kepada anggota penguatkuasa CIDB pada Majlis Amanat Ketua Eksekutif Tahun 2022.

Katanya anggota penguatkuasa juga dibekalkan dengan Kad Kuasa CIDB yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi memastikan kad kuasa tersebut tidak boleh dipalsukan atau dipindah milik.

Menurut Ahmad ‘Asri lagi, hanya mereka yang ada lencana dan Kad Kuasa CIDB sahaja boleh melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan di tapak pembinaan.

CIDB menasihatkan penggiat industri pembinaan terutama kontraktor agar berhat-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang mendakwa sebagai anggota penguatkuasa CIDB, meminta sejumlah bayaran tunai bagi tujuan pembayaran kompaun bagi kesalahan berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan. Segala urusan rundingan kompaun seharusnya hendaklah dilakukan di pejabat CIDB sahaja.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...