AMPolitik @ My LNA

PM beri penjelasan berhubung banjir di Selangor

62

20 Januari 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada hari ni menjelaskankan bahawa banjir di negeri Selangor yang bermula pada hari 18 Disember 2021 telah berlaku akibat daripada jumlah purata taburan hujan luar biasa iaitu 380 milimeter pada hari tersebut yang menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan. Pada masa yang sama, kejadian air pasang telah menyebabkan banjir ini bertambah lebih buruk.

Kata beliau ketika membacakan teks ucapan sempena Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini, berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka itu, situasi kelam kabut yang berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor telah mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti banjir bandar (urban flooding).

“Malah pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa-mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.

Menyedari situasi banjir yang kritikal di Selangor, pada malam Sabtu 18 Disember 2021 tersebut, saya telah bergegas ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui situasi sebenar di lapangan melalui penerangan oleh Ketua Pengarah NADMA. Di sana, saya telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui NDCC.

Saya sendiri telah menghubungi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD) dan Ketua Polis Negara (IGP) bagi menggerakkan anggota dan aset tambahan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari negeri berhampiran ke Negeri Selangor bagi membantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lain-lain agensi yang sedang giat melaksanakan operasi menyelamat. Ini kerana sebahagian besar aset seperti bot penyelamat telah siap sedia ditempatkan di negeri-negeri lain khususnya Pantai Timur yang dijangkakan berisiko berdepan dengan banjir besar.” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau, PAT telah mengarahkan Panglima 11 Briged untuk serta-merta mengatur gerak anggota dan aset tambahan ke kawasan yang terjejas. IGP juga telah mengarahkan tambahan anggota dan aset dari negeri-negeri yang berhampiran untuk membantu pasukan sedia ada.

Terdahulu beliau berkata bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan sebanyak 6 kali amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan.

“Namun, amaran cuaca ini tidak diendahkan oleh sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana kerana andaiannya hanya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang akan terjejas akibat banjir yang dibawa oleh hujan lebat berterusan akibat luruan monsun. Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga lebih banyak tertumpu kepada negeri-negeri di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku ini adalah di luar jangkaan banyak pihak.” katanya.

Di dalam ucannya, Ismail Sabri turut menekankan bahawa banjir di Selangor merupakan suatu kejadian yang luar jangka dan berikutan kelemahan yang telah dikenal pasti di peringkat negeri dan daerah, menyebabkan beliau terpaksa campur tangan.

“Umum mengetahui pada tempoh yang sama, terdapat beberapa negeri lain yang turut dilanda banjir malah ada negeri yang dilanda banjir pada skala yang lebih buruk seperti negeri Pahang. Namun, disebabkan jentera pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah adalah teratur dan bersedia, bencana ini dapat dikendalikan dengan baik walaupun terdapat beberapa cabaran.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...