Sasaran hasil RM30 juta bagi APAC & bahagian pasaran 30% di Malaysia pada 2022
10 Jan 2022, Kuala Lumpur – DIZO, jenama pertama di bawah ekosistem realme TechLife, telah mengumumkan penceburannya ke pasaran Malaysia hari ini dengan pelancaran dua produk elektronik baharunya – DIZO Watch 2 dan DIZO Buds Z.
Jenama AIoT (artificial intellingence of things atau kecerdasan buatan kebendaan) global ini sedia memenuhi kehendak pengguna yang suka bergaya dan celik teknologi, dengan sasaran golongan muda mengikuti perkembangan fesyen yang berusia antara 15 hingga 28 tahun. Bukan setakat menjadi jenama teknologi, DIZO berpegang pada falsafah dan berusaha memastikan semua insan dapat menikmati kehidupan idaman mereka, berlandaskan kelebihan Smart Tech Life (Kehidupan Teknologi Pintar). Jenama baharu ini, yang disebut ‘di-zo’, ingin membezakan diri daripada produk teknologi lain dan menawarkan penyelesaian yang memenuhi keperluan setiap pengguna berbeza. Sambil menyeru pengguna untuk “Membezakan Diri”, DIZO menawarkan teknologi yang menyokong sifat individu pengguna, memperkasakan mereka di samping menyerlahkan personaliti masing-masing.
Malaysia ialah sebuah pasaran besar yang sedang berkembang pesat dengan semakin ramai pembeli celik teknologi yang mahu memanfaatkan kelebihan produk gaya hidup teknologi pintar. Jenama ini berusaha membawakan produk digital terkini yang sesuai dengan kehidupan moden, bermula dengan DIZO Watch 2 (Jam Tangan) dan DIZO Buds Z (Fon Telinga). Produk lain yang sedang dalam perancangan akan dilancarkan secara berperingkat.
DIZO meraikan pelancarannya di Malaysia dengan kempen Super DIZO-Tech Days (Hari Teknologi DIZO Hebat) di Gedung Shopee: DIZO Official Store dari 24 hingga 28 Jan, 2022. Diskaun hebat ditawarkan di seluruh kedai produk DIZO sehingga 70%, dengan harga serendah RM49.
Produk DIZO akan diperkenalkan tidak lama lagi di negara-negara di Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, dll. DIZO telah mengunjurkan perolehan jualan RM30 juta pada tahun depan bagi rantau APAC dan bercadang menguasai 30% daripada bahagian pasaran di Malaysia.
Dibina berteraskan misi untuk mewujudkan Smart Tech Life for Every Different You (Kehidupan Teknologi Pintar Untuk Setiap Insan Berbeza),DIZO bersama realme, bertekad untuk membawakan yang terbaik daripada kedua-dua jenama demi penggunanya. Malah, DIZO telah menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada realme dalam tiga aspek penting – Reka Bentuk Perindustrian, Rantaian Bekalan dan pengalaman AIoT yang digandingkan sempurna dengan realme Link.
Tumpuan DIZO adalah untuk membina portfolio dengan rangkaian AIoT serba lengkap yang boleh digunakan setiap hari oleh pengguna dalam kehidupan harian mereka. Dengan tumpuan tersebut, DIZO akan menceburi empat kategori produk utama, iaitu Hiburan Pintar, Rumah Pintar, Penjagaan Pintar dan Aksesori bagi penggunanya di seluruh dunia.
DIZO telah menyepadukan rantaian bekalan global dengan lancar dan cekap menerusi sumber operasi tempatan untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Di samping itu semua anggota pasukan terasnya mempunyai pengalaman luas berkhidmat dengan jenama-jenama teknologi global.
DIZO Watch 2
Dengan tekad untuk membawakan Smart TechLife serta penyelesaian mewah lagi bergaya pada harga berpatutan, DIZO Watch 2 ialah jam tangan pintar dengan fungsi dan ciri yang menyokong rutin kesihatan dan kecergasan selain menyerlahkan gaya si pemakai setiap hari.
Memanfatkan skrin besar (4.3sm), DIZO Watch 2, yang ditawarkan pada harga seratus ringgit lebih dilengkapi dengan bingkai logam, ciri-ciri menarik dan pilihan warna bergaya. Terdapat lebih 100 muka jam bergaya untuk disesuaikan mengikut mood setiap hari.
DIZO Buds Z
Bukan fon telinga semata-mata. DIZO Buds Z menawarkan reka bentuk klasik Natural Light (Cahaya Semula Jadi) dengan ciri-ciri luar biasa. Fon telinga canggih lagi bergaya DIZO disediakan dalam tiga warna mengagumkan – Onyx, Dedaun dan Mutiara.
Sebagai salah satu produk paling ringan dalam segmen ini, setiap bud telinga DIZO Buds Z hanya seberat 3.7g. Reka bentuk ergonomi, dengan 3 saiz pengedap telinga untuk dipadankan dengan telinga anda akan membolehkan anda dibuai keasyikan muzik yang didendangkan.
Ikuti DIZO di:
Facebook: @DIZO Malaysia
Instagram: @dizo.malaysia
YouTube: DIZO Malaysia
Laman Web: https://bit.ly/DIZOMalaysia
Gedung Shopee: DIZO Official store
- “Miss Madeline,” a New Liquid Barge from Perdue Farms, Sets Sail on a More Sustainable Supply Chain
- Canon U.S.A. Senior Vice President Amy Newman Wins 2024 HERALD Top Chief Officers of Long Island Award
- Gate Ventures welcomes Laura K. Inamedinova as Principal, establishing fund’s strategic presence in the MENA region
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
Leave a comment