Seni & Budaya @ My LNA

Kraftangan hulur bantuan kepada usahawan kraf serta penduduk setempat yang terkesan dengan bencana banjir

276

5 JANUARI 2022 – Kraftangan Malaysia mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada usahawan kraf serta penduduk setempat yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa daerah di Selangor dengan mengadakan Program Kraf Care@Nanding di Hulu Langat. Program tersebut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC serta Puan Aididah binti Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia.

“Kraftangan Malaysia amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh keluarga Malaysia khususnya kepada usahawan dan komuniti kraf yang terjejas akibat bencana banjir. Ianya telah mengakibatkan kerosakan terhadap produk jualan, stok bahan mentah, mesin dan peralatan serta keadaan lokasi bengkel yang tidak sempurna.

Sebagai tanda solidariti, seramai 50 orang warga kerja Kraftangan Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli Puspanita Cawangan Kecil Kraftangan Malaysia serta Kelab Sukan & Kebajikan berkolaborasi di dalam misi pada kali ini. Program ini merupakan kesinambungan Misi Bantuan Pasca Banjir MOTAC yang ketika ini aktif dalam membantu keluarga Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah gotong-royong pembersihan bengkel dan rumah usahawan kraf serta sumbangan barangan asas seperti pakaian dan makanan.” kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah MOTAC, selain di negeri Selangor, misi bantuan ini turut dilaksanakan bersama pihak MOTAC di beberapa negeri yang kini turut mengalami banjir seperti Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Misi bantuan dan sumbangan dari Kraftangan Malaysia serta warga MOTAC keseluruhannya sedikit sebanyak dilihat dapat membantu meringankan beban usahawan kraf dan penduduk setempat yang terkesan. Adalah menjadi harapan agar usaha-usaha pemulihan dari bencana banjir ini dapat ditangani segera bagi merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia sekaligus membantu usahawan kraf kembali aktif dalam menghasilkan produk yang dapat memberi pulangan pendapatan.” kata MOTAC.

Foto kredit kepada UKK MOTAC

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) – Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

FesKEP 2024 tampilkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi

TEMERLOH, 20 Julai 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...