5 Januari 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Dato’ Sri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa pihak PDRM sedang memburu Ganesparan A/L Nadaraja yang dikehendaki bersabit kes penghinaan terhadap yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt Junainah binti M. Sasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat Insp Shahrir bin Mohamad di talian 019-5414014.
Penama dikehendaki bersabit waran tangkap Ewa3836752 yang dikeluarkan oleh mahkamah sesyen jenayah siber, Kuala lumpur pada 20 disember 2021 berikutan kegagalan penama untuk hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.” kata Abd Jalil dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini.
Maklumat mengenari Ganesparan yang dikongsi di dalam siaran media tersebut adalah seperti berikut :
NAMA : GANESPARAN A/L NADARAJA
NO. KPT : 820202-05-5119
WARGANEGARA : MALAYSIA
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment