LAHAD DATU 24 Disember 2021 – Penggiat industri seni yang terkesan akibat penularan pandemic COVID-19 dapat penghargaan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) di Program MOTAC Bersama Komuniti @ Lahad Datu, bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, MOTAC sentiasa komited dalam membantu serta memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK), para penggiat serta pemain industri bagi merancakkan semula industri seni budaya negara.
Penerima bantuan terdiri daripada mereka yang aktif dalam bidang seni dan budaya seperti bidang muzik, penulisan, seni visual, sejarah, tarian, seni mempertahankan diri, kraftangan dan warisan kebudayaan.
Selain itu, MOTAC akan meneruskan inisiatif pemberian kebajikan kepada para penggiat seni dan budaya pelbagai bidang melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS).
“Saya berharap semua pihak akan terus berpadu tenaga dan sama-sama memastikan program dan aktiviti seni budaya dapat terus disemarakkan. Semoga sinergi positif yang wujud pada ketika ini dalam kalangan kita dapat diperkukuhkan lagi. Saya juga berharap semua penggiat kebudayaan dapat menyesuaikan diri melaksanakan program atau aktiviti seni budaya dalam suasana norma baharu,” kata Nancy.
Hadir sama dalam program ini ialah Datuk Mohamaddin Ketapi, Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap Adun Segama dan Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC serta pengurusan tertinggi MOTAC.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment