AMJenayah

PDRM sahkan penahanan dua pegawai SPRM

125

16 DISEMBER 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini mengesahkan bahawa dua (2) pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700,000.00 yang berlaku pada 10 disember 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan melalui satu siaran media berkata  siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan).

“Pegawai SPRM berumur 37 tahun dan 39 tahun tersebut telah ditahan reman bermula 16 disember 2021 sehingga 19 disember 2021.” kata beliau.

Tambahnya, PDRM menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.

“Kertas siasatan akan dikemukakan ke kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...