Luar Bandar @ My LNA

2000 pek susu sumbangan Dutch Lady kepada kanak-kanak Tabika dan Taska Kemas di seluruh Putrajaya

194

PUTRAJAYA 16 DISEMBER 2021 – Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) menyumbangkan sebanyak 2,000 pek susu kepada 1,000 orang kanak-kanak dari Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh Putrajaya.

Program sumbangan tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato’ Ramlan Harun berkata, kerajaan menyambut baik sumbangan diberikan oleh Dutch Lady khususnya tajaan susu kepada anak-anak.

Beliau berkata, pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalakkan tumbesaran dan perkembangan seorang kanak-kanak. Dengan program bantuan makanan tambahan dilaksanakan ini, masalah kekurangan zat makanan dan pengambilan makanan zat makanan yang tidak seimbang boleh diatasi.

“Program ini juga memenuhi sebahagian daripada polisi Dasar Pemakanan Kebangsaan 2.0 untuk mengatasi ketidakseimbangan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak. “Semoga program seperti ini dapat diteruskan pihak Dutch Lady bersama Kemas bagi memastikan kerjasama pintar ini akan memberi manfaat kepada kanak-kanak untuk mendapat makanan seimbang dan betul.

Beliau berucap sempena ‘Flag Off Program Sumbangan Produk Susu Dutch Lady Milk Industries Berhad’ di lobi utama KPLB di Putrajaya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran DLMI, Zatur Hassim berkata, kerjasama dan sumbangan minuman susu adalah sejajar dengan tujuan murni syarikat untuk ‘Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa’. Jelasnya, ia menjadi iltizam kepada DLMI dalam menyokong meningkatkan penggunaan susu di negara bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin membimbangkan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

 “Trend ini dikhuatiri menjadi lebih meruncing akibat wabak Covid-19 yang memberi kesan ekonomi dan kesihatan kepada masyarakat secara amnya, dan khususnya kepada ibu bapa yang sedang membesarkan keluarga. “Oleh demikian, salah satu usaha murni di bawah Kerjasama Bistari DLMI-Kemas pada tahun ini ialah sumbangan produk susu tepung rumusan empat, lima dan enam untuk kanak-kanak Tabika dan Taska Kemas di seluruh Putrajaya,” ujarnya.­­­­

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...