25 Oktober 2021- Keputusan kerajaan untuk membenarkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi bermula 15 November ini merupakan satu lagi pencapaian kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam membantu seluruh penggerak industri ini menjana semula pendapatan.
Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata keputusan tersebut merupakan langkah awal Malaysia untuk menerima semula kemasukan pelancong antarabangsa ke negara ini seterusnya akan menjadi pemangkin kepada usaha mempercepatkan pemulihan semula ekonomi negara.
“Ini merupakan satu lagi berita gembira buat penggiat industri ini yang telah berjuang dengan penuh kesabaran.
“Justeru, saya yakin, keputusan ini dapat memulihkan kembali semangat dan menjadi inspirasi untuk mereka terus berganding bahu dengan kerajaan melalui MOTAC untuk memajukan lagi industri ini agar kembali gemilang seperti sebelum berlakunya penularan pandemik COVID-19,” katanya pada kenyataan media pada Ahad.
Jelasnya, semua keputusan yang dibuat ini adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) yang digariskan oleh MOTAC pada awal tahun ini, yang merangkumi tiga fasa pelaksanaan bagi memulihkan semula sektor pelancongan negara secara berperingkat seiring dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan pada Jun yang lalu.
“Inisiatif berkenaan juga merupakan salah satu usaha berterusan MOTAC dalam mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan.
“Saya menyeru seluruh penggiat industri serta Keluarga Malaysia yang berada di Langkawi khususnya untuk bersedia menerima kehadiran pelancong antarabangsa.
“Dalam masa yang sama ingin menyeru agar semua pihak untuk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan gelembung pelancongan antarabangsa ini ke arah pemulihan rantaian ekonomi sektor pelancongan negara,” jelasnya.
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
- Guangdong Radio and Television Station- Shenzhen Youth Shine at COP29: A Green Declaration of Youth Responsibility
- Webroot Warns Shoppers: AI Convenience Comes with Cybercrime Risk This Holiday Season
Leave a comment