22 Oktober 2021- Pejuanita Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) Malaysia amat kesal dan membantah keras penularan video kontroversi seorang pelakon lelaki di dalam satu rancangan hiburan tempatan di media sosial yang membicarakan isu rogol sebagai isu jenaka bersifat lucah.
Ketuanya, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata Pejuanita menuntut supaya pelakon lelaki dan pengacara rancangan serta penerbit membuat penyataan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan penyataan maaf khususnya kepada Raja Farah yang menjadi mangsa kepada kenyataan bersifat gangguan seksual ini.
“Perlakuan dan perbualan itu sangat mengaibkan dan bersifat lucah sekali gus merendahkan martabat pelakon lelaki dan pengacara rancangan yang berbicara akan isu tersebut tersebut.
“Ianya juga mengguris emosi dan mencacatkan imej rakyat Malaysia keseluruhannya yang hidup di dalam sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
“Di samping itu ianya juga melibatkan maruah keluarga, apatah lagi wanita yang telah dijadikan bahan jenaka lucah ini telah menjadi seorang isteri dan ibu dan kesungguhan lelaki-lelaki yang berada di dalam rancangan itu untuk menjelaskan dengan lebih terperinci aksi rogol ke atas aktres wanita, Raja Farah amat memalukan dan memualkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Ujarnya, Rakyat Malaysia tidak dapat bertoleransi akan jenaka lucah melibatkan jenaka rogol, cabul atau jenaka lelaki mengenai susuk tubuh wanita yang dikatakan dapat menaikkan nafsu mereka atau sebaliknya (body shaming) yang semuanya membawa kepada bentuk-bentuk gangguan seksual yang perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib.
Untuk rekod, media melaporkan Fauzi Nawawi, 48, mengakui kesal keterlanjuran kata-katanya dalam sebuah program televisyen (TV) berkongsi pengalaman melakukan adegan rogol membabitkan Raja Farah dalam filem Anak Halal.
Insiden itu mencetuskan kontroversi dalam negara ini apabila thanks warga maya mengecam tindakan pelawak Shuk Sahar dan Fauzi secara terang terangan menbuka keaiban Raja Farah serta merendahkan martabat wanita.
- M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill
- Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah
- Syngenta extends leadership in fungicides with ADEPIDYN® technology
- Hongkong Land’s Entire Central Portfolio Achieves LEED Platinum Rating, Representing 27% of all LEED EBOM Platinum-Certified Buildings in Hong Kong
- Crayon appointed an authorized Cloud Commerce Manager for Broadcom in Asia Pacific
Leave a comment