30 September 2021 – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mempergiatkan promosi bagi meningkatkan pembangunan industri logistik tempatan.
Timbalan Menteri MITI, Lim Ban Hong berkata ia dengan melaksanakan program jangkauan (outreach), perbincangan meja bulat dan dialog bagi memastikan Kerajaan sentiasa dekat dengan syarikat-syarikat ini dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kerajaan melalui MITI dan MIDA juga telah mengadakan program libat urus dengan syarikat-syarikat logistik di Sabah untuk berkongsi maklumat mengenai fasiliti dan insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan.
“Di bawah RMKe-12 projek Pembesaran Pelabuhan Sapangar Bay yang dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1.027 billion akan diberi perhatian di mana kapasiti pengendalian kontena dijangka akan dapat ditingkatkan sehingga 875,000 TEU/setahun menjelang tahun 2024.,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman.
Ujarnya, Kajian Pelan Induk Pembangunan Zon Ekonomi Bebas di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di mana melalui kajian KKIP akan diwujudkan satu kawasan hab logistik.
“Di dalam kawasan KKIP yang akan menyokong usaha menjadikan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai Regional Transhipment Hub yang penting di dalam kawasan Brunei-Indonesia-MalaysiaPhilippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).
“Terdapat 271 buah syarikat daripada sektor logistik di seluruh negara yang diluluskan insentif ILS dan sebanyak 212 syarikat telah diluluskan status IILS. dua buah syarikat dari Sabah telah diluluskan insentif tersebut, namun tiada syarikat dari Sabah yang memperolehi status IILS,” jelasnya.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment