26 September 2021 – Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha komunikasi untuk rakyat dalam era negara beralih kepada fasa endemik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyampaian komunikasi adalah dalam bentuk yang mudah dan mudah difahami manakala penerima perlu menyesuaikan diri dan bersedia dengan maklumat yang diterima.
“Pada zaman kecil dahulu, saya masih ingat untuk menunggu maklumat saya perlu menunggu kaedah bersemuka. Dulu kaedah edaran risalah dan tayangan wayang gambar oleh Filem Negara. Ada Pegawai Penerangan menyampaikan ucapan.
Kini kita menggunakan pelbagai medium seperti Tiktok, Instagram dan sebagainya”, ujar beliau ketika ditemubual dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia.
“Kita perlu kembali ke zaman penyesuaian (endemik) kerana kuman Covid-19 masih ada dan berada dalam masyarakat. Kaedah penguatkuasa adalah tidak relevan lagi kerana kita tidak boleh memeriksa dan menguatkuasakan kepada setiap orang dan bergantung kepada polis dan petugas kesihatan”, ujar beliau.
Beliau berkata, apabila negara beralih kepada fasa endemik, masyarakat harus dididik dengan kawalan kendiri selain penguatkuasaan telah menjadi perkara kedua.
Annuar turut menyentuh mengenai perubahan komunikasi yang memerlukan lebih banyak penyertaan bagi memaksimumkan penyampaian maklumat.
Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memperkenalkan pelbagai program contohnya program optik yang membicarakan pengurusan Covid-19 untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai pengurusan pasca Covid-19.
Selain itu, Annuar berkata kementeriannya akan mewujudkan “Command Centre” komunikasi bagi membolehkan setiap keputusan Jemaah Menteri dapat dicerakinkan (diterjemahkan).
“Kita ada Pegawai Penerangan di setiap jajahan (daerah). Macam mana dari “Command Centre” terus ke Pegawai Penerangan. Kita ada JAKOM, ada media elektronik dan cetak. Rangkaian tersebut daripada satu sumber kepada pelbagai cabang.
Beliau menambah komunikasi dari atasan ke bawah akan turut melibatkan komunikasi dari bawah kepada pihak atasan supaya pihaknya mendapat maklum balas dan informasi yang tepat selain dapat menangkis maklumat yang tidak benar yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment