Home Kenyataan Media Ahmad Azzam Dilantik Penasihat Khas Menteri Luar Untuk Afganistan
Kenyataan Media

Ahmad Azzam Dilantik Penasihat Khas Menteri Luar Untuk Afganistan

26 September 2021 – Kerajaan hari ini mengumumkan perlantikan Dato’ Ahmad Azam Abd. Rahman sebagai Penasihat Khas Menteri Luar untuk Afganistan.

Menteri Luar Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan perkara itu selepas merasmikan Persidangan Kuala Lumpur Untuk Pembangunan Semula Negara Afganistan yang dilaksanakan secara sidang video hari ini.

Ahmad Azzam pada masa kini merupakan Pengerusi Global Peace Malaysia yang ditubukan pada 2001 untuk membantu rakyat Afganistan yang terkesan akibat pencerobohan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Beliau sebelum ini berpengalaman luas dalam isu Afganistan serta pernah berkhidmat menerusi NGO kemanusiaan di luar negara.

Dalam perkembangan sama, mengulas mengenai pengiktirafan kerajaan, beliau berkata kerajaan pada masa kini masih belum mengiktiraf Kabul (Afganistan) sebagai sebuah negara.

“Sebagai negara dan bangsa yang mencintai keamanan dan menghormati suara rakyat tempatan, kerajaan memberikan sokongan kepada persidangan ini kerana ia dapat mencari jalan membantu rakyat Afganistan”, ujar beliau.

Beliau menambah, kerajaan akan melakukan misi kemanusian menerusi pasukan perubatan Angkatan Tentera dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat di sana seperti MERCY Malaysia dan GPM.

Malaysia juga sudah menyalurkan peruntukan berjumlah 100,000 US Dollar kepada pertubuhan di bawah PBB.

Berhubung isu naratif barat mengenai Afganistan, Saifuddin memaklumkan beliau sudah memberitahu Parlimen agar Malaysia lebih berhati-hati dengan persepsi media barat yang cenderung melaporkan secara bias berhubung Afganistan.

Saifuddin turut memaklumkan pada masa kini sejumlah 2 syarikat Malaysia telah dijemput oleh kerajaan Afganistan untuk membantu dari aspek penyelenggaraan dan pembangunan di sana.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...