AM

RM120 juta diperuntukkan bagi Projek Naik Taraf dan Kerja Pemuliharaan Bangunan Mahkamah di seluruh Malaysia secara one-off pada Rolling Plan Keempat Tahun 2020 – Azmin Ali

134

PUTRAJAYA 11 Disember 2019 – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada hari ini mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui beliau telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta bagi Projek Naik Taraf dan Kerja Pemuliharaan Bangunan Mahkamah di seluruh Malaysia secara one-off pada Rolling Plan Keempat Tahun 2020 di bawah Peruntukan Pembangunan.

Sumber Foto-foto Google

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengambil perhatian serius mengenai permohonan untuk menaik taraf dan memulihara kebanyakan bangunan mahkamah yang lama dan mengalami kerosakan kritikal. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan operasi mahkamah malah keselamatan pengguna terutamanya hakim, kakitangan mahkamah, peguam dan orang awam.

Bagi memastikan mahkamah dapat menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya secara berkesan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta bagi Projek Naik Taraf dan Kerja Pemuliharaan Bangunan Mahkamah di seluruh Malaysia secara one-off pada Rolling Plan Keempat Tahun 2020 di bawah Peruntukan Pembangunan.” kata Azmin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Azmin turut menjelaskan bahawa tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama dua (2) tahun dan Kerajaan yakin dengan peruntukan ini akan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan mahkamah kepada orang awam.

“Projek ini melibatkan kerja naik taraf dan pemuliharaan 120 buah mahkamah seluruh Malaysia meliputi pembaikan kritikal antaranya seperti bumbung, dinding, saluran paip, penghawa dingin dan sistem pencegahan kebakaran antaranya seperti bumbung, dinding, saluran paip, penghawa dingin dan sistem pencegahan kebakaran” jelas beliau.

Bilangan mahkamah terlibat mengikut negeri adalah seperti yang berikut:

Bil. NegeriBilangan Mahkamah
1.Johor13
2.Melaka3
3. Negeri Sembilan8
4.Selangor12
5.Putrajaya1
6.Perak18
7.Pulau Pinang5
8.Kedah10
9.Kelantan10
10.Terengganu6
11.Pahang9
12.Sarawak5
13.Sabah19
14.Labuan1
Jumlah120

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...