5 September 2021 – Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) diminta menambah sejumlah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di negeri Johor daripada jumlah sedia ada iaitu 13.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata usaha ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi program jangkauan (outreach programme) iaitu untuk mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri-negeri yang akan berhadapan musim tengkujuh termasuk negeri Johor.
“Apabila jumlah PPV bergerak ini ditambah kepada 20, saya percaya lebih ramai rakyat negeri Johor khususnya di luar bandar akan mendapat suntikan vaksin dalam tempoh terdekat. Untuk rekod, terdapat sebanyak 364 Pusat Pemberian Vaksin di negeri Johor dengan jenis berbeza.
“Setakat ini, Johor mencatatkan sebanyak 83.1 peratus daripada populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya dos 1 dan 52.6 peratus yang lengkap divaksinasi.
“Kadar purata vaksinasi harian di Johor sepanjang tujuh hari lalu adalah 59,683 dan semalam sahaja, sebanyak 59,240 dos diberikan di seluruh negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, beliau yakin usaha pemvaksinan di Johor akan dapat dipertingkatkan lagi.
“Saya juga ingin menyeru agar pihak CITF di Johor dapat memastikan kapasiti dan tenaga kerja yang mencukupi di seluruh negeri agar usaha vaksinasi seharian dapat dijalankan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan,” jelasnya.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment