2 September 2021- Perjanjian Sokongan dan Perbekalan (CSA) kini menjadi tumpuan kerajaan dan pembangkang selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan bekerjasama dengan pembangkang dalam menyelesaikan beberapa isu di negara ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, harapan untuk melihat persetujuan antara kerajaan dan pembangkang melaksanakan perjanjian CSA supaya tumpuan tidak berbelah bahagi dapat diberikan dalam usaha membendung wabak Covid-19 menerusi pembaharuan institusi dan Parlimen
“Berdasarkan kenyataan dua Menteri iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang juga merupakan Setiausaha Agung BERSATU dan Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah, harapan kian cerah untuk melihat persetujuan antara kerajaan dan pembangkang bagi melaksanakan perjanjian tersebut”, ujar beliau menerusi kenyataan media hari ini.
Di dalam sidang media di Wisma Putra pada Rabu lepas, Dato’ Saifuddin Abdullah mengulas mengenai perlunya parti-parti politik untuk mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong selain mengurangkan pergeseran dan pertelingkahan politik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut membuktikan komitmen dan keterbukaan kerajaan menerusi langkah Perdana Menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang setelah beberapa hari dilantik.
“Saya merasakan bahawa antara sekarang dan PRU-15 kita memerlukan masa untuk bertenang dan harus ada semacam gencatan senjata politik antara orang-orang politik. Bagi pihak kerajaan dan pembangkang, inilah masa untuk kita menumpukan perhatian pada kerja-kerja menangani masalah pandemik Covid-19 dan membangun semula ekonomi”. katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment