AMLuar Negara @ My LNA

Pendekatan Syura dalam Hubungan Luar Negeri – Saifuddin Abdullah

79

1 September 2021 – Penubuhan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri dalam memberikan pandangan dan hala tuju kepada Kementerian Luar Negeri merupakan inisiatif Dato’ Saifuddin Abdullah dalam menerajui kementerian tersebut.

“Majlis yang akan dipengerusikan oleh saya dan dianggotai oleh pegawai KLN, ahli akademik, ahli perniagaan dan wakil masyarakat sivil akan menggunakan pendekatan yang terbuka dan perundingan (syura) dengan pihak-pihak berkepentingan di dalam dan di luar negeri.” kata Saifuddin. Beliau pada hari ini mula menjalankan tugas selaku Menteri Luar Negeri.

Selain itu juga, beliau turut akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa di Parlimen.

Dalam pada itu, selaras dengan pengumuman Kabinet Berprestasi Tinggi oleh YAB Perdana Menteri, Saifuddin akan menggubal Kerangka Dasar Luar Negeri sebagai panduan dari segi hala tuju, tumpuan dan pendekatan yang dilaksanakan dan bukanlah dasar luar negeri yang baru.

Beliau menambah, kerangka tersebut akan bertemakan “tumpuan dalam kesinambungan” (focus in continuity) di mana “Kesinambungan’ merujuk hala tuju jangka masa sederhana dan panjang. Malaysia akan terus melaksanakan prinsip-prinsip fundamental dalam hubungan antarabangsa yang telah kita amalkan selama ini.

Beliau berkata kesinambungan tersebut akan turut melibatkan hubungan baik dengan semua pihak; menegakkan kepentingan-kepentingan Malaysia dari segi kedaulatan, kelangsungan dan keselamatan; kepentingan ekonomi dan kemakmuran rakyat; serta memelihara dan menonjolkan identiti dan nama baik negara di kalangan komuniti antarabangsa.

Saifuddin berkata dalam menangani pandemik COVID-19 dan impaknya, kerajaan memberi tumpuan utama kepada ‘diplomasi kesihatan’ manakala dari segi ekonomi, antara tumpuannya ialah pelaburan ekonomi digital dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (Sustainble Development Goals 2030).

Dari segi keselamatan pula, lebih tumpuan akan diberi kepada keselamatan siber manakala dari segi identiti negara, tumpuan baru ialah ‘diplomasi kebudayaan’.

“Untuk keamanan dunia, kita akan mengartikulasi konsep ‘hidup bersama dalam budaya damai (peaceful coexistence) dalam konteks multilateralisme’, ujar beliau di majlis sidang media yang berlangsung di Wisma Putra hari ini.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan melantik beliau dan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri atas keyakinan untuk beliau menerajui Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...