AMEkonomi @ My LNA

Takiyuddin Terajui KeTSA, Fokus Kepada Inisiatif Untuk Rakyat

76

2 September – “Saya berkeyakinan dan komited untuk menggalas tanggungjawab dan amanah ini bagi menerajui KeTSA untuk mencapai visi dan misi, memacu inisiatif utama berpaksikan rakyat serta mengutamakan budaya kerja berprestasi tinggi.

Keyakinan tersebut disuarakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Takiyuddin Hassan setelah dilantik ke portfolio tersebut.

Beliau berkata, KeTSA komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039 selaras dengan agenda menangani perubahan iklim negara.

“Mengambil kira kepentingan mengimbangi permintaan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, KeTSA juga akan terus memacu inisiatif kecekapan dan penjimatan tenaga melalui Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara”, ujar beliau.

KeTSA juga akan turut memastikan kekayaan sumber asli terus dijaga, diurus secara mapan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang.

“Pelbagai strategi dan program seperti pensijilan pengurusan hutan, catuan tebangan tahunan, pelaksanaan amalan terbaik dalam pengusahasilan hutan, pengurusan hidupan liar serta kawasan berkepentingan biodiversiti antarabangsa akan diteruskan dan dipantau secara bersama dengan Kerajaan Negeri.

Beliau menambah, dua (2) inisiatif nasional iaitu Central Forest Spine (CFS) dan Heart of Borneo (HoB) akan terus dilaksanakan untuk melindungi ekosistem hutan, dan biodiversiti.

KeTSA juga ujar beliau akan meneruskan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Menanam Pokok 100 Juta (2021 hingga 2025) dengan sokongan daripada pelbagai pihak.

Mengenai konservasi Harimau Malaya, beliau berkata usaha akan diteruskan dengan penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya supaya negara tidak kehilangan spesis ikonik ini.

Takiyuddin berkata, kementeriannya telah menyediakan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 bagi membangunkan industri mineral secara mapan dan lestari yang berpotensi menjadi sumber ekonomi baharu negara dan perlu dibangunkan secara menyeluruh dalam rantaian nilai di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.

Selain itu juga, selaku peneraju sektor ekopelancongan sumber asli negara, KeTSA komited bagi memastikan Taman Negara, Taman Ekorimba, Hutan Taman Negeri dan Geotapak terus diperkasakan melalui pengukuhan tadbir urus, naik taraf infrastruktur serta pembangunan modal insan serta penghasilan produk-produk baharu bagi meningkatkan taraf ekonomi setempat.

Bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pentadbiran tanah agar lebih efisien dan berintegriti, Takiyuddin berkata pelaksanaan Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta di negeri-negeri akan terus dilaksanakan selaras dengan pendekatan norma baharu dalam urusan pentadbiran tanah ketika ini.

“KeTSA juga akan terus melaksanakan usaha-usaha pencegahan dan mitigasi geobencana melalui pelaksanaan Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC).

Ini bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi situasi pandemik semasa dan bencana, 10 Peraturan Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana turut disediakan meliputi wabak penyakit berjangkit, pencerobohan tanah, tanah runtuh, gangguan utiliti dan kebakaran hutan.

Beliau berharap segala inisiatif yang bakal dilaksanakan ini akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Takiyuddin juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah menaruh kepercayaan kepada beliau untuk menerajui kementerian bersama YB Datuk Ali Biju selaku Timbalan Menteri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...