AM

60 Permis Gagal Patuh SOP, Diarah Tutup Serta – Merta : Hishammuddin

139

10 Ogos 2021 – Sebanyak 60 buah premis diarahkan tutup serta-merta kerana gagal mematahi prosedur operasi standard (SOP) dalam pemeriksaan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin lepas.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesalahan itu dikesan hasil daripada 78,506 pemeriksaan dilaksanakan di seluruh negara yang turut melibat 180 individu dikompaun dan 21 direman kerana melanggar SOP.

“Semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,432 anggota telah melaksanakan 78,506 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan pada Isnin dengan melibatkan sebanyak dua buah kapal dan dua buah kenderaan darat yang dikesan melalui aktiviti penglihatan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga turut membuat pemantauan khas harian terhadap 10 jenis bekalan barangan keperluan asas dan mendapati bekalan makanan adalah stabil serta mencukupi”.

“KPDNHEP telah membuat 762 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (578), pemborong (153) dan pengilang (31). Hasil daripada 2,379 pemeriksaan khas, kesemua premis mematuhi SOP” katanya semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...