AM

Hentikan Provokasi ! – Muhyiddin Yassin

162

PUTRAJAYA 8 Disember 2019 – Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada hari ini menggesa semua pihak agar berhenti daripada membuat kenyataan atau melakukan perbuatan yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

Sambil merujuk kepada beberapa insiden yang ditularkan sejak kebelakangan ini, beliau memandang serius perkembangan tidak sihat ini yang dianggap sebagai suatu provokasi untuk mengeruhkan keadaan di dalam negara. 

“Tindakan menghina lambang negara terutama Jalur Gemilang dan lagu Negaraku adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak melambangkan semangat patriotisme. Pada masa sama, penganjuran sebarang aktiviti untuk memperingati atau menghidupkan semula pergerakan komunis di negara ini tidak sepatutnya berlaku dan wajar dihentikan. 

PDRM telah mula menjalankan siasatan terhadap insiden-insiden ini dan saya telah mengarahkan agar perkembangan siasatan dimaklumkan kepada umum dalam masa terdekat. Tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati dengan sengaja cuba menimbulkan kegusaran awam.” kata Muhyuddin di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang tindak-tanduk yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara. 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...