AMPolitik @ My LNA

Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan, Akur Keputusan Parti

76

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2021 – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan beliau daripada kabinet Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Noraini yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong pada masa mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian itu yang membantu beliau melaksanakan tugas” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata akan tetap meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 walaupun tidak lagi menjadi menteri.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia”.

“Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet di peringkat Persekutuan” jelasnya.

Noraini merupakan anggota kabinet kedua meletakkan jawatan selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...