AM

“Malaysia Prihatin” Tema Hari Kebangsaan Tahun Ini, Amanat PM Pada 7 Ogos – JaPen

493

PUTRAJAYA 6 Ogos 2021 – “Malaysia Prihatin” kekal menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini sama seperti pada tahun lepas.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), tema tersebuat adalah bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan kita semua serta keprihatinan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 disamping turut mempunyai sub tema pada tahun ini iaitu ‘Demi Negara’.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 7 Ogos 2021, pukul 10.30 pagi”.

“Amanat perdana ini boleh disaksikan menerusi semua stesen penyiar dan juga menerusi Facebook Merdeka360, Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM Klik” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada tahun ini, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang akan dilaksanakan dengan konsep yang baharu iaitu Amanat Perdana oleh YAB Perdana Menteri secara maya selaras dengan sambutan dalam suasana norma baharu.

“Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini, turut dianjurkan pelbagai program kenegaraan untuk disertai oleh orang ramai. Maklumat lanjut, sila layari portal rasmi sambutan pada tahun ini iaitu Merdeka 360 di pautan www.merdeka360.my”.

“Rakyat Malaysia disarankan agar menjadikan aktiviti pengibaran Jalur Gemilang ini sebagai budaya semangat merdeka sepanjang masa. Sambutan ini juga merupakan satu usaha murni memaparkan solidariti masyarakat Malaysia” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...