6 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin merakamkan penghargaan kepada timbalan beliau, Dato’ Sri Ismail Sabri dan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) atas sokongan kepada kerajaan pimpinan beliau.
Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata pendirian ahli parlimen tersebut untuk menentukan kedudukannya sebagai perdana menteri hanya ditentukan menerusi usul undi percaya dan bukan kaedah lain.
Sidang parlimen untuk menentukan keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin dijangka diadakan pada bulan depan.
“Ini adalah selaras dengan titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu, ujar beliau hari ini.
Muhyiddin turut berharap dengan pendirian ahli parlimen BN tersebut dapat menghentikan polemik politik sekaligus menumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi negara dan menangani Covid-19.
“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini”, ujar beliau lagi.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang