AMPolitik @ My LNA

ABIM Dakwa Kerajaan Hina Yang Dipertuan Agong, Gesa PM Letak Jawatan

133

30 Julai 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menegaskan Jemaah Menteri harus dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran prinsip Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, dalam kenyataannya turut memetik Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan prinsip kebertanggungjawaban bersama atau “collective responsibility” di mana seluruh ahli Jemaah Menteri wajib bertanggungjawab bersama atas  segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Perdana  Menteri selaku  Ketua Kerajaan  khususnya kepada Parlimen.

“Menurut doktrin Ministerial Responsibility, terdapat beberapa prinsip “Duty to act with unanimity” yang bermaksud seluruh anggota Jemaah Menteri bertindak sebagai satu suara kepada warga awam, Parlimen serta Yang di-Pertuan Agong”.

“ABIM menegaskan tindakan kerajaan  yang  menghina  institusi  Istana, Dewan Rakyat, dan seluruh warga Malaysia yang menjunjung prinsip Rukunegara sebagai teras dalam amalan bernegara, adalah tindakan seluruh anggota Jemaah Menteri”.

Menerusi kenyataan tersebut, ABIM turut menggesa Perdana Menteri supaya berundur dan Jemaah Menteri mengambil tanggungjawab ke atas pelanggaran prinsip Perlembagaan Persekutuan untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat.

“Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah di atas kenyataan tegas Istana Negara berhubung pelanggaran peruntukan Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan serta Institusi Istana oleh kerajaan Perikatan Nasional dalam pengendalian Ordinan Darurat yang kini  menjadi isu besar dalam sidang parlimen”.

“Seluruh rakyat harus mencermati penegasan Istana Negara ini sebagai suatu yang secara jelas telah mengabsahkan  bahawa  kerajaan  pimpinan  Tan Sri Mahiaddin Yassin mengabaikan prinsip demokrasi berparlimen dan tidak menghormati sistem Raja Berperlembagaan”, ujar Faisal lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...